Salam 1 malaysia untuk semua bloggers atau pelawat blog ZON WANITA. Objektif utama di ZON WANITA ialah kami ingin berkongsi petua, info serta pengetahuan dan senarai aktiviti-aktiviti yang dijalankan yang melibatkan kaum hawa. Anda juga di alu-alukan untuk berkongsi apa juga info dan petua untuk dikongsi bersama-sama wanita lain...jadi apa tunggu lagi marilah kita membantu kaum wanita sesama kita kerna wanita amatlah berharga...

Thanks,
cik zonita

Tuesday, November 23, 2010

Menghilangkan Bintik Hitam

Hai readers! Cik Zonita nk share beberapa petua Menghilangkan Bintik Hitam yang sering menghantui kaum hawa. So jom share n try..

  • Cara 1
Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada bahagian yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan tisu. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.

  • Cara 2
Campurkan beras pulut bersama kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka. Lakukan dua kali seminggu.

  • Cara 3

Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka menggunakan air suam.

Selamat Mencuba
Cik Zonita

No comments:

Post a Comment