Salam 1 malaysia untuk semua bloggers atau pelawat blog ZON WANITA. Objektif utama di ZON WANITA ialah kami ingin berkongsi petua, info serta pengetahuan dan senarai aktiviti-aktiviti yang dijalankan yang melibatkan kaum hawa. Anda juga di alu-alukan untuk berkongsi apa juga info dan petua untuk dikongsi bersama-sama wanita lain...jadi apa tunggu lagi marilah kita membantu kaum wanita sesama kita kerna wanita amatlah berharga...

Thanks,
cik zonita

Tuesday, November 16, 2010

Tips Rambut Cantik

Setiap wanita idamkan rambut yang cantik dan sihat walaupun wanita itu bertudung atau pun tidak. Jadi untuk memiliki rambut yang cantik disamping menjimatkan wang, anda boleh la mencuba beberapa cara di bawah :-


1- Daun Limau Purut & Bunga Raya
Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.

2- Daun Rambutan
Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air.
Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut
dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

No comments:

Post a Comment