Salam 1 malaysia untuk semua bloggers atau pelawat blog ZON WANITA. Objektif utama di ZON WANITA ialah kami ingin berkongsi petua, info serta pengetahuan dan senarai aktiviti-aktiviti yang dijalankan yang melibatkan kaum hawa. Anda juga di alu-alukan untuk berkongsi apa juga info dan petua untuk dikongsi bersama-sama wanita lain...jadi apa tunggu lagi marilah kita membantu kaum wanita sesama kita kerna wanita amatlah berharga...

Thanks,
cik zonita

Thursday, November 25, 2010

Hilangkan Daki dan Bau Badan

Hai uols..Cik Zonita nak share petua untuk Wanita yang sering menghadapi masalah daki dan bau badan. Yelah masalah nie amat memalukan tp jangan malu utk try cara ini kalau anda mengalaminya :-p ..caranya dgn menggunakan pucuk jambu batu. Ramas pucuk jambu batu di dalam sebuah mangkuk yang berisi air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Lakukan selalu Insya-Allah, kulit kita akan bersih dan bau badan pun hilang.

Thanks,
Cik Zonita

Tuesday, November 23, 2010

Menghilangkan Bintik Hitam

Hai readers! Cik Zonita nk share beberapa petua Menghilangkan Bintik Hitam yang sering menghantui kaum hawa. So jom share n try..

  • Cara 1
Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada bahagian yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan tisu. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.

  • Cara 2
Campurkan beras pulut bersama kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka. Lakukan dua kali seminggu.

  • Cara 3

Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka menggunakan air suam.

Selamat Mencuba
Cik Zonita

Tuesday, November 16, 2010

Petua Atasi Tumit Pecah

Masalah tumit pecah nie bukan masalah kecil, jika tidak di atasi segera mungkin akan menyebabkan anda berasa sakit di bahagia tumit yang pecah. So Cik Zonita ak share petua untuk mengatasi masalah tumit pecah.

  • Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh.
  • Untuk kesan yang lebih, berus tumit kaki dengan berus lembut. 
  • Amalkan sebelum mandi.
Selamat Mencuba!!

Petua Atasi Kaki Kematu

 Untuk mengatasi masalah kaki kematu, Cik Zonita nak share petua  nie:
  • Ambil beberapa helai daun betik dan rendamkan dalam air suam selama 3 minit.
  • Kemudian ramas daun betik berkenaan. 
  • Rendamkan kedua kaki ke dalam bekas berisi daun betik muda selama 10 minit.
  • Akhir sekali gosok kaki yang berkematu perlahan-lahan. 
  • Lakukan selalu, insyaallah kematu kaki akan berkurangan dari hari ke hari.
Selamat Mencuba!!

Petua Kuruskan Badan Dengan Air Halia

Masalah berat badan boleh mengurangkan keyakinan serta menjejaskan sedikit penampilan seorang wanita, jadi Cik Zonita nak share sikit petua menurunkan berat badan menggunakan khasiat halia.

  • Kisar 2 inci halia dengan 1/2 cawan air.
  • Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula.
  • Amalkan minuman ini sebelum tidur insyaaalah anda akan nampak hasilnya..
Selamat Mencuba!!
Cik Zonita pun nak cuba :-)